Kan-Cheong Kitchen

Kan-Cheong Kitchen ialah tajuk bagi sebuah rancangan permainan hiburan bertemakan masakan yang diterbit dan disiarkan oleh 8TV di Malaysia, di mana para peserta diuji kebolehan menyediakan makanan meskipun langsung ketandusan kemahiran memasak. Kan-cheong (緊張) dalam bahasa Kantonis bermaksud "gemuruh" atau "berdebar-debar", mencerminkan suasana kelam-kabut yang timbul dari kekecohan seseorang yang tidak pandai memasak terpaksa memasak dalam masa yang terhad sambil diganggu pekikan dan bermacam-macam kebisingan.Menurut penerbit dan pengarah Kan-Cheong Kitchen, Hasymee Latif Julaini, "Kami mahu lari daripada konsep program masakan tipikal yang terlalu straight forward dengan menyuntik sesuatu yang lebih menyeronokkan. Menu yang diketengahkan setiap minggu adalah menu yang kita makan setiap hari. Sesekali mungkin kita mengetengahkan menu yang mungkin kedengaran hebat tetapi cara penyediaannya tidak sukar."[1]